Lagi Kes Buli Jalan Raya - Produa MyVi dan Hilux Milik Pejabat Kesihatan Daerah


Baru-baru ini, satu lagi gambar yang didakwa kes buli jalan raya tersebar di media sosial.

Kejadian buli itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dan juga sebuah Hilux yang dimiliki oleh Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Ulu Langat. Dipercayai, Lelaki pemandu MyVi bertindak memecahkan cermin kereta Hilux yang terlibat dengan menggunakan stering lock.

Terdapat tiga gambar yang diselitkan bersama dakwaan ini. Gambar Pertama (atas) memaparkan pemilik MyVi yang terlibat keluar dari kenderaannya sambil membawa "stering Lock"

Gambar kedua dan ketiga Pula Memaparkan kereta Hiluk milik Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang sudah di pecahkan cermin sebelah kanan.


Pihak Pejabat Kesihatan Hulu Langat telah mengesahkan kejadian ketika dihubungi. Menurut pihak terbabit, Kejadian berlaku pada semalam (16 Disember) dan laporan polis telah pun dibuat.

Namun Pihak tersebut enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut.

0 Response to "Lagi Kes Buli Jalan Raya - Produa MyVi dan Hilux Milik Pejabat Kesihatan Daerah"

Post a Comment