Farhan, Bekas Suami Abby Abadi Buat Persediaan Untuk Jadi Pelakon


Selepas pernikahanya dengan pelakon Abby Abadi tidak berpanjangan, Muhammad Noor Farhan, 26, mula mengorak langkah untuk menceburi bidang lakonan. Malah, Farhan juga telah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi untuk majalah hiburan.

    "Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

    "Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," ujarnya

Menurut Farhan, selepas penceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana masih belum bersedia.  

Farhan juga mendedahkan bahawa dia pernah menyuarakan hasratnya untuk menceburi bidang lakonan kepada bekas isterinya ketika mereka masih suami isteri namun ditentang oleh Abby Abadi.

    "Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

    "Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai.

    "Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37,  bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

0 Response to "Farhan, Bekas Suami Abby Abadi Buat Persediaan Untuk Jadi Pelakon"

Post a Comment