Selibriti Popular Sengaja Mencari Publisiti Murahan Di Karpet Merah



Aktres Korea Selatan Noh Su Ram Mencetuskan Kontroversi apabilaa diundang ke majlis anugera 'The 35th Blue Dragon Filem Festival' yang berlangsung di Seoul dengan memakai gaun seksi sehinggah mendedahkan sebahagian tubuhnya. 

Portal Koreaboo melaporkan insiden yang berlaku pada 17 Des itu telah mengejutkan ramai pihak sehinggah pelakon tersebut menjadi topik hangat di Korea baru-baru ini.

Gaun seksi yang didedahkan oleh Noa Sun Ram itu hanya menutupi bahagian tubuhnya, malah dia juga kelihatan begitu yakin beraksi di hadapan kamera semasa acara karpet merah berlangsung. Yang paling pelik dan memalukan Noa Su Ram ini tidak ada sesiapa yang mengundang hadir ke majlis tersebut.

Untuk melihat gambar-gambar Noa Sun Ram yang tidak diblur, anda boleh lihat DI SINI. kepada anda yang tidak ingin melihat tolong jangan klik ye.

Menurut jurucakap festival filem ini, pihak mereka tidak mengundang Noa Su Ram untuk hadir ke acara tersebut termasuklah acara karpet merah.

"Kami tidak memberikan sebarang jemputan kepada Noa Su Ram malah dia juga turut hadir dengan yakin sambil memakai pakaian yang agak tidak bersesuaian.
"Hanya pelakon dan pemberi anugera jemputan sahaja ke festival tersebut dan Noa Su Ram adalah satu-satunya artis yang datang tanpa diundang," katanya.

Tambah sumber lagi, untuk menghormati tetamu adalah mustahil bagi pihak mereka untuk menyuruh pelakon tersebut pulang.

"Atas sebab-sebab tertentu adalah mustahil bagi pihak kami untuk menyuruh seorang artis yang bersusah-payah bersiap untuk hadir ke festival itu.
"Namun disebabkan tempat duduk semuanya telah penuh dengan tetamu yang hadir melalui jemputan pihak kami, kami tidak dapat membenarkan dia masuk." jelas sumber.

Bagaimanapun mereka bernasib baik kerana aktres itu mengambil keputusan untuk pulang selepas ke acara karpet merah. Insiden itu menyebabkan ramai pihak tidak puas hati dan Noh Su Ram telah dikecam di laman sosial dan dilabelkan sebagai artis yang sengaja mencari publisiti murahan.

0 Response to "Selibriti Popular Sengaja Mencari Publisiti Murahan Di Karpet Merah"

Post a Comment