Fesyen Terkini Kegilaan Ramai !!


Tidak dinafikan, ramai sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar "skinny" dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu.

Apa yang paling menarik ialah seluar "skinny" itu terbukti kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar. Kebiasaannya seluar dipakai itu ketat kononnya untuk kaki tampak kecil dan elok dipandang.

Ramai remaja menghadapi pelbagai kesukaran apabila menyarungkan seluar yang terlampau ketat itu. Ada yang sampai melompat-lompat kerana saiz pinggang terlalu kecil. Walaupun begitu, ada saja yang taksub sehingga tidak memikirkan kesan buruk.

Hakikatnya, pakaian diciptakan bukan untuk memberikan bentuk atau saiz badan yang kita tidak miliki dan di situlah remaja menghadapi masalah. Banyak maslah kesihatan timbul akibat daripada pemakaian seluar yang terlalu ketat itu.

Masalah kesihatan


Berdasarkan kajian daripada pakar bedah Vaskular Dr. Nicholas Morissey, pemakaian seluar "skinny" yang ketat boleh menjadikan kaki anda rasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai "meralgia paresthetia".

Menurut Morissey, terdapat saraf deria datang daripada pelvis yang bertindak memberikan sensasi ke bahagian paha anda.

Remaja yang memakai seluar "skinny" yang ketat bagaimanapun meras kebas akibat daripada pengecilan saraf pada paha itu. Ketika duduk, paha akan mengalami tekanan tinggi dan apabilaberdiri, anda tidak akan dapat rasakan pergerakan kaki. Menurut Morissey, keadaan ini tidak berbahaya namun apabila ia kerap berulang, maka ia boleh menyebabkan keadaan kaki kejang itu berkekalan.

Pakar neurologi, Dr John Michael Li pula berkata, remaja yang menderita sindrom seluar ketat biasanya akan rasa tidak selesa pada abdominal, pedih ulu hati dan masalah sendawa apabila memakai seluar ketat itu.

Penasihat perubatan, Dr Orly Avitzur pula memberitahu bahawa makanan tidak akan hadam apabila terdapat tekanan pada bahagian abdomen. Pemakaian seluar ketat ini boleh membawa kepada masalah lebih serius seperti makanan tidak boleh dihadam dengan betul dalam kalangan remaja yang menghadapi masalah pedih ulu hati.

Lelaki terutamanya perlu berhati-hati dan mengambil berat dalam aspek pemakaian. Jika mereka tetap memilih seluar ketat sebagai pelengkap fesyen, risikonya amat tinggi. Misalnya, remaja lelaki akan hadapi masalah kilasan testis di satu testis akan berpintal dengan sendirinya. Jika tidak dirawat , pintalan itu akan memotong peredaran darah dan seterusnya testis akan mati.

Apa Kata Mereka


Yasmin Moktar,21 pelajar kolej swasta berkata, pemakaian seluar "skinny" ini tampak moden dan bergaya selain kelihatan menarik.

"Apa yang saya dapat lihat ialah kebanyakan remaja sekarang menjadikan seluar ketat sebagai pilihan utama dalam pemakaian. Namun seluar yang dianggap fesyen terkini itu ada yang terlalu ketat sehinggakan boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

Bagi Riduan Azmi,21 pelajar universiti swasta berpendapat, fesyen seluar skinny dalam kalangan lelaki ini tidaklah memudaratkan jika saiz yang dipilih itu bertepatan dengan bentuk pinggang.

''Ada juga situasi diamana saya melihat remaja lelaki yang memakai "skinny" ketat untuk kelihatankurus, walhal saiz badan tidak bersesuaian dengan fesyen itu. Nampak pelik.

Menurutnya, remaja lelaki perlu memilih seluar "skinny" yang lebih longgar dan tidak terlalu ketat sehingga boleh membahayakan diri sendiri.

0 Response to "Fesyen Terkini Kegilaan Ramai !!"

Post a Comment