Tentera AS Tembak Jatuh MH370 Kerana Sangka Ia Di 'Hijack'

Marc Dugain dakwa tentera laut Amerika Syarikat di Lautan Hindi yang menembak jatuh pesawat.

Dia mendakwa penduduk pulau lihat pesawat terbang dekat dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat.


Seorang bekas senior dalam sebuah syarikat penerbangan dan juga merupakan seorang penulis mendakwa tentera Amerika Syarikat merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden MH370.

Dipetik dari akhbar Dailymail.co.uk, Marc mengatakan pesawat tersebut ditembak jatuh kerana mereka menyangka pesawat tersebut telah di 'hijack' dan akan digunakan oleh terroris sepertimana kejadian 9/11.

Marc Dugain yang merupakan bekas ketua eksekutif Proteus Airline mendakwa pesawat jumbo tersebut ditembak jatuh berhampiran pengkalan tentera Amerika Syarikat di pulau terpencil  di Diego Garcia.


Dia mengatakan penduduk pulau Maldives melaporkan kepadanya bahawa mereka melihat pesawat yang dilaporkan hilang tersebut terbang rendah.

Dugain juga diberitahu oleh seorang nelayan yang melihat sebuah pesawat besar yang sama dengan rekabentuk dan warna pesawat MAS terbang rendah pada 8 Mac lalu.

Marc telah diberikan amaran sebelum ini supaya jangan menyiasat insiden ini oleh seseorang yang menyatakan ia sebuah penyiasatan berisiko.

0 Response to "Tentera AS Tembak Jatuh MH370 Kerana Sangka Ia Di 'Hijack'"

Post a Comment