Batalkan Serta-Merta Tak Masuk Akal Wujudkan Lesen Memancing - Datuk Ismail Sabri
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob sebentar tadi melalui laman Facebooknya telah memberitahu cadangan peraturan untuk mewajibkan pemancing mengambil lesen untuk memancing pada tahun 2015 ditarik serta merta.
Ini bagi menjawab pelbagai pertanyaan yang diposkan di facebook miliknya. Beliau memberitahu tidak mengetahui tentang peraturan ini di peringkat kementeriannya dan mengarahkan pegawai Jabatan Perikanan untuk berjumpa dengan beliau esok.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cadangan berkenaan jelas tidak munasabah jadi serta-merta mengarahkan ia dibatalkan.
“Sebenarnya saya tidak tahu tentang cadangan peraturan ini namun selepas terbaca satu ‘posting’ di Facebook, saya sendiri terkejut dengan cadangan peraturan yang begitu tidak munasabah – iaitu melesenkan pemancing ikan.
“Saya telah arahkan supaya cadangan ini dibatalkan serta-merta, ternyata ia langsung tak masuk akal walaupun memang ada orang bom ikan, tuba malah guna racun sekalipun tetapi kita ada undang-undang dan peraturan untuk menghukum mereka ini,” kata beliau.
Beliau turut menyifatkan cadangan ini tidak asuk akal dan turut berasa marah jika undang-undang tersebut dilaksanakan.
Beliau mengakui perkara ini telah dicadangkan dari Jabatan Perikanan tetapi tidak pernah dibincang diperingkat kementerian.
Dengan kenyataan dari Datuk Sabri ni, nampaknya undang-undang lesen memancing yang tersebar sebelum ini akan dibatalkan serta merta.
0 Response to "Batalkan Serta-Merta Tak Masuk Akal Wujudkan Lesen Memancing - Datuk Ismail Sabri"
Post a Comment