Wanita Mangsa Rogol, Tapi Dihukum?
"Kalau kau nak rogol akupun rogollah aku tak kisah!! gambar di atas ialah S. Kalaichelvi, mula-mula di rogol kini dia di penjara."
kalau korang seorang wanita dan rumah di ceroboh, muncul seorang lelaki mahu merogol, apa yang kamu akan buat? Adakah kamu mempertahankan diri atau membiarkan lelaki jahanam merata diri sesuka hati? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tetapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!
IPOH- Seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Kerana mempertahankan diri.
wanita S. Kalaichelvi, 24 tahun seorang suri rumah telah dijatuhkan hukuman penjara semalam oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selama dua tahun. Wanita tersebut mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintah wanita menjalani hukuman tersebut, menyebabkan kematian M. Kumaran 29, di dalam rumah di Taman Bistari Ayer Tawar, Manjung antara 3-3.30 pagi pada 7 Januari 2010.
mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. wanita tersebut dikasari oleh lelaki jahanam tapi dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan wanita tersebut.Tapi dengan pantas wanita tersebut mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. pkulan itu menyebabkan perogol itu mati di dalam rumahnya.
Dalam penghakiman bertulis berkata , wanita tersebut sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.
Hakim berkata, wanita tersebut melakukan "pembunuhan kejam", pada pendapat kamu perbuatan merogol orang itu tak kejam kah? jika anda wanita itu, adakah anda menyerah diri kepada perogol tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh wanita tersebut.???
Jika wanita tersebut membiarkan dirinya diperkosa, dia pasti tidak dihukum penjara dua tahun. perogol itu mungkin di penjara, lepas keluar penjara dia akan mencari lagi untuk merogol sekali lagi atau mungkin mencari wanita lain.? atau mungkin perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti..!!
0 Response to "Wanita Mangsa Rogol, Tapi Dihukum?"
Post a Comment