Seniman Lagenda Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia


Hilangnya sebutir lagi permata seni yang pernah menyinar di dalam industri perfileman negara ini. Seniman lagenda, Datuk Mustapha Maaron, 79, meninggal dunia jam 8:38 pagi tadi di Hospital Angkatan Tentera, Tuanku Mizan, Mangsa Maju. Mustapha Maarof atau nama sebenarnya, Mustapha Azhari Maarof meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dua minggu bertarung dengan penyakit paru-paru yang dihidapinya.

Antara filem popular yang pernah dibintangi Allahyarham adalah Hang Tuah (1956), Bawang Putih Bawang Merah (1959), Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961), Naga Tasik Chini (1966), Sutera Putih (1996), dan banyak lagi.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Bandar Baru Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkeburan Islam Ampang selepas Zuhur nanti.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat.


0 Response to "Seniman Lagenda Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia"

Post a Comment