Ayan Qureshi Pakar Teknologi Maklumat Bertauliah Paling Muda Di Dunia


Percaya atau tidak, Ayan Qureshi merupakan pakar teknologi maklumat (IT) bertauliah paling muda di dunia.

Walaupun baru berusia 5 tahun, Ayan mendapat kebenaran khas untuk menduduki ujian yang dikendalikan oleh syarikat perisian komputer terkenal, Microsoft.

Malah lebih mengejutkan kanak-kanak ini lulus dengan cemerlang sehingga memperolehi sijil Profesional Bertauliah Microsoft yang biasanya diduduki oleh calon dikalangan graduan dewasa.

Kanak-kanak cilik berbakat besar dari Coventry, Englend ini membuktikan keupayaannya apabila dapat menjawab semua soalan yang dikemukan lebih awal daripada tempoh dua jam yang ditetapkan.



0 Response to "Ayan Qureshi Pakar Teknologi Maklumat Bertauliah Paling Muda Di Dunia"

Post a Comment