Sakit Bersalin – Kenapa Bersalin Akan Rasa Sakit?


Sakit Bersalin

Dalam badan wanita ada hormon kasih sayang iaitu hormon oksitoksin. Hormon ini hanya hadir jika wanita itu berasa tenang, disayangi dan dipenuhi perasaan cinta serta suka. Hormon oksitoksin adalah hormon penenang dan ia dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan seks dan menyusukan anak.

Kedua-dua proses tersebut tidak menyakitkan. Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta sebagaimana cinta semasa hubungan intim.

Menurut fisiologi kelahiran (labour), hormon yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oksitoksin, beta endorfin dan prostaglandin.


Oksitoksin

Hormon oksitokin adalah hormon yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold (mengurangkan rasa sakit semasa kontraksi). Lalu, menyebabkan susu terus keluar selepas keluarnya bayi, menjana minda positif, meningkatkan sel-sel imun dalam badan dan mempercepatkan kelahiran.


Beta Endorfin

Hormon beta endorfin pula mempunyai asid amino 31 peptide yang berfungsi seperti morfin dalaman. Ia mewujudkan keadaan separa sedar dan seterusnya memberikan rasa ‘tumpul’ kepada sakit yang dialami. Ancaman-ancaman negatif dari luar akan mengganggu rembesan hormon ini.

Jikalau si ibu berseorangan atau bersama orang yang sangat dipercayainya, maka hormon ini akan dirembes dengan banyak. Perembesan hormon ini memerlukan situasi yang sangat tenang dari segi luaran dan dalaman.


Penyebab Rasa Sakit Bersalin

Takut dan risau. Elakkan perasaan takut dan risau menyelubungi anda secara berlebihan. Buang jauh-jauh dalam perigi. Tangani masalah ini.
   
Daya tahan sakit. Seseorang telah dipengaruhi oleh karektor individu tersebut. ‘Blueprint’ telah dibina dalam diri masing-masing semenjak kecil hingga dewasa. Bersalin dan sakit tidak pernah dipisahkan. Ia sinonim dalam perbualan harian semenjak dahulu dan pendedahan di media.


Sistem Ajaib dalam Badan

Di dalam badan manusia terdapat satu sistem yang sangat canggih dinamakan Automatik Nervous System (ANS). Sistem ini berfungsi sebagai rangkaian telekomunikasi yang paling penting dalam badan. Contohnya kalau di Malaysia, rangkaian telekomunikasi paling utama adalah Telekom.

Sistem canggih ini sangat berhubung rapat dengan proses bersalin. Perasaan takut diterima sebagai mesej dan diproses sebagai ketakutan yang amat dasyat. Mesej negatif ini akan diproses menjadi sistem kepercayaan dan memberi kesan buruk pada emosi ibu dan bayi.

Mesej negatif dihantar kepada simpatetik. Mesej positif dihantar kepada parasimpatetik.

Sistem ini mempunyai 2 bahagian iaitu parasimpatetik dan simpatetik. Parasimpatetik boleh diibaratkan seperti bilik rawatan yang mempunyai kadar sembuh antara 95 hingga 98 peratus. Manakala simpatetik diibaratkan sebagai bilik kecemasan yang kadar sembuhnya adalah 2 hingga 5 peratus sahaja.

Penting untuk berada dalam keadaan parasimpatetik dengan mengekalkan hormon kasih sayang di dalam badan wanita bersalin.

Kesimpulannya, kenapa semasa bersalin akan rasa sakit? Kerana di dalam tubuh wanita bersalin kekurangan atau tidak hadir hormon kasih sayang iaitu oksitoksin dan beta endorfin. Ia penawar tahan sakit semulajadi yang dihadiahkan oleh Allah S.W.T buat semua ibu bersalin.

0 Response to "Sakit Bersalin – Kenapa Bersalin Akan Rasa Sakit?"

Post a Comment