Memiliki anak
kembar memang sesuatu yang menyeronokkan kepada ibu bapa. Namun
sekiranya mempunyai 4 orang anak kembar ianya menjadi sedikit kesukaran
untuk membezakan namun kebiasannya ibu bapa akan kenal pasti anak
mereka sendiri walaupun
kembar. Di China, terdapat seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan
Chayoun memiliki empat orang anak kembar. Dirinya telah mencetuskan idea
unik apabila bertindak mencukur rambut bagi membentuk angka di setiap
kepala anaknya.
Jika kita
mempunyai anak kembar, sudah pastinya orang yang melihat akan keliru
yang mana satu abangnya, yang mana satu pula adiknya. Tambah lagi, yang
mana keluar dulu, yang mana keluar kemudian. Melihat masalah ini,
seorang ibu yang dikenali dengan nama Tan Chayoun mencetuskan sebuah
solusi yang dianggapnya paling efektif. Ia mencukur keempat rambut
anaknya berbentuk angka, sesuai dengan urutan usia, dari angka 1 sampai
4.
Daripada yang tua sampai termuda, Jiang Yunlong (1), Jiang Yunxiao (2), Jiang Yunhan (3) dan Jiang Yunlin (4)
Keadaan ini tentu saja menjadi buah mulut di internet. Foto kelucuan empat bersaudara ini mendapat perhatian dari seluruh dunia.
Meski banyak yang
mentertawakan kerana di luar kelaziman, namun keempat anak itu tidak
peduli. Sama dengan keinginan orang tua mereka, hal terpenting bagi
Yunlong, Yunxiao, Yunhan dan Yunlin adalah bersekolah dan mendapat
pendidikan yang baik.
Tan Chaoyun, memutuskan memberi nombor di kepala anak-anaknya agar mudah membezakan mereka.
0 Response to "Lawak!! Inilah Jadinya Apabila Seorang Ibu Sukar Membezakan Anak Kembar 4"
Post a Comment