Program Kesedaran Mencegah Kanser Alat Sulit Lelaki Dapat Sambutan Ramai


AMERIKA SYARIKAT - Seorang gadis mewakili Yayasan Movember Amerika Syarikat iaitu sebuah yayasan yang memperjuangkan kesihatan lelaki di dunia telah memeriksa alat sulit (buah zakar) lelaki di tempat awam secara percuma bagi kaum lelaki.

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua kaum lelaki di luar sana untuk menjaga kesihatan mereka dan program ini menumpukan kepada kesedaran mengenai kanser testiscular.

Mereka mengaturkan gadis-gadis jelita sebagai daya tarikan untuk memberi pemeriksaan buah zakar kepada sesiapa yang berminat.

Mereka akan menyumbangkan sebanyak $100 kepada tabung yayasan bagi setiap lelaki yang tampil untuk membuat pemeriksaan di khalayak awam.

Mereka menjadikan pejalan kaki sebagai sasaran utama dan menjemput mereka menjalani pemeriksaan dan sekaligus menjadi penyumbang kepada yayasan Movember.

Gadis-gadis ini akan memakai sarung tangan sebelum menyeluk masuk ke dalam seluar lelaki-lelaki tersebut untuk menilai tahap kesihatan buah zakar mereka.

Dengan strategi yang dilakukan mereka ini telah berjaya menarik ramai penyertaan dan di ketakan akan dia adakan lagi di tempat lain kerana sambutan yang agak luar biasa.

0 Response to "Program Kesedaran Mencegah Kanser Alat Sulit Lelaki Dapat Sambutan Ramai"

Post a Comment