Produksi Filem “Dewasa” Jepun Akan Ke Malaysia?

Berikutan kekurangan pelakon lelaki dalam industri perfileman lucah di Jepun, dilaporkan syarikat penerbitan filem lucah sedang mencari pelakon lelaki untuk menyelesaikan masalah itu.
Memetik laporan The Hive Asia, studio penerbitan filem lucah Jepun iaitu Tokyo Dreams akan datang ke Kuala Lumpur untuk merekrut pelakon filem lucah yang berbakat.

Sebelum ini, syarikat berkenaan pernah berkunjung ke Singapura untuk merekrut pelakon filem lucah dan berjaya mendapat 5 orang pelakon lelaki daripada 25 orang yang datang ke sesi uji bakat tersebut.
Menurut Shime Tashiaki, Pengurus studio penerbitan filem lucah tersebut, mereka telah berjaya merekrut 5 orang pelakon filem lucah yang berbakat besar dan berharap dapat mencari lebih ramai pelakon lelaki yang mempunyai bakat terpendam.
Dilaporkan, ekoran Malaysia agak konsevatif berbanding negara lain dan menghasilkan filem lucah di Malaysia juga dianggap kegiatan yang haram, jadi syarikat berkenaan sedang mencari lokasi rahsia yang sesuai di Kuala Lumpur untuk menjalani sesi uji bakat.
Difahamkan sesi uji bakat di Singapura turut dijalankan secara rahsia, jadi keputusan uji bakat hanya dapat diketahui setelah berjaya mendapat kelulusan maklumat yang terperinci.
Iklan mengenai pencarian pelakon AV Jepun di Malaysia pernah beberapa kali tular beberapa tahun yang lalu. Namun tidak dapat dipastikan samada benar atau tidak.
Dalam laporan tersebut, aktiviti mencari pelakon filem lucah dijangka diadakan pada pertengahan bulan Jun sehingga penghujung Jun ini.

0 Response to "Produksi Filem “Dewasa” Jepun Akan Ke Malaysia?"

Post a Comment