Gadis Berusia 16 Tahun Memiliki Wajah Seperti Nenek Tua
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul apabila Zara Hartshorn disahkan mengalami lipodistrofi. Bahkan, ibu dan kakaknya turut mengalami kesukaran yang sama.
Giginya kelihatan terkeluar dan dia melakukan suntikan kolagen untuk mengurangkan kedutan. Walaupun Zara bukan wanita pertengahan umur, dia berusaha mengembalikan semula keremajaannya.
Hakikatnya, dia berusia 16 tahun dengan penyakit yang jarang berlaku dan tidak boleh diubati, membuatkan rupanya sedekad lebih tua berbanding rakan sekolah.
Kurang daripada 30 warga Britain mengalami kecacatan genetik namun perkara menyedihkan apabila ibunya, Tracey dan kakaknya, Jolene, 23, mengalami penyakit yang sama.
Dia menerima sokongan sepenuhnya di rumah namun di sekolah, dia dibuli dengan panggilan ‘nenek’ malah pernah dipukul pelajar yang membenci wajahnya.
0 Response to "Gadis Berusia 16 Tahun Memiliki Wajah Seperti Nenek Tua"
Post a Comment